Blogger Widgets

Saturday, 23 November 2013

OTAAAKKK SIRI 1


hey guys.. ^_^  Today, i want to speak London boleh? Al maklumlah, memandangkan semalam join handle program Sahsiah dikelilingi pelajar Nigeria dan Namibia.. So, my tongue twisted2 lah.. By the way, my way is ok.. haha.. Hari ni saya tak nak bercerita pun mengenai program sahsiah tu tapi mungkin bile free saya akan update post lain pasal program tu k.. insyaALLAH..

So, korang nampak kan tajuk yang saya tulis tu? Otak.. Atau dalam bahasa Londonnya brain.. saje je letak banyak a dengan k sebab tetibe je teringat cerita Zombi Kampung Pisang.. hihi..

Haa.. Final exam dah dekat.. aura pun makin terasa.. korang pernah tak blank masa exam? Pastu dah keluar bilik exam ingat semula point2 yang nak dijawab.. erghh tensennye kan?

Knows answer before and after exam, but NOT DURING..

But what do you expect about your brain? Kalau korang nak tau, otak kita mempunyai dua daya iaitu penyimpanan dan pengeluaran maklumat. So, berbalik kepada soal lupa apa yang kita belajar masa exam.. bila seseorang terlupa maklumat yang diperlukan, ini bukanlah bermakna daya ingatan korang tidak baik atau beransur lemah. Sebenarnya, kebolehan untuk mengeluarkan maklumat tu tersekat untuk sementara waktu disebabkan faktor emosi seperti ketakutan, stres, desakan and so on.. 


Do not let your mind empty!


 Dalam keadaan takut semasa menduduki peperiksaan, kita kerapkali tak boleh keluarkan segala maklumat yang telah dipelajari. Bila dalam keadaan bertenang dan istirehat, semua maklumat yang telah dilupakan itu akan dapat diingati semula. So, why this happen? Dalam keadaan kita istirehat, subconscious mind kita akan jadi lebih aktif untuk memudahkan berlakunya proses pengeluaran maklumat yang akan terbina oleh concious mind. Sooo, be cool, and relax during exam ok!

Wednesday, 20 November 2013

EQ (Emotional Intelligence)




Pernah macam ni?

Apa sebenarnya maksud emosi yang kita selalu rasa ni ek?

       Daniel Goleman, emosi adalah suatu perasaan dan fikiran yang khas, keadaan psikologi dan biologi  yang  merupakan dorongan untuk bereaksi atau bertindak kerana ada rangsangan baik dari dalam mahupun dari luar individu, sama ada marah, sedih, bahagia, takut, malu, terkejut, cinta, benci, puas dll.. yang secara keseluruhan, emosi merupakan respon atas stimulus yang di terima.


Sedarkah anda bahawa EQ perlu lebih berdanding IQ?


Di mana tahap EQ anda sekarang?


Buang yang keruh, ambil yang jernih…



 Faedah EQ

Kita bukan sahaja perlu jaga emosi sendiri, tapi turut jaga emos orang lain.. Kalau tak, tanpa kita sedar, kita dah membuatkan orang down dan tak boleh teruskan kerja dia.. Jom tengok vlogger Matluthfi kongsi pengalamannya.. :)





Thursday, 14 November 2013

MALAYSIAN MOTIVATOR COMPETITION INTERVASITY 1MALAYSIA SIRI II


Assalamualaikum, hai...! 

Kepada sesiapa yang berminat, suka dan teruja nak menjadi penonton Malaysian Motivator Competition Intervarsity 1Malaysia, dijemput memeriahkan dan memberi sokongan kepada para peserta.. Jaminan kepuasan hati dan pertambahan ilmu yang bermanfaat kepada semua! Jumpa di sanaaa!! 
Antara Universiti yang terlibat: UPSI, UMS,UPNM, UUM, IPG KB, USIM, UTAR,





Tuesday, 12 November 2013


dan Haii.. dah selawat x hari ni? jom2.. :)



Here some quote for you.. ^_^







Monday, 4 November 2013

DOA AKHIR TAHUN DAN DOA AWAL TAHUN


Jom sama-sama baca doa akhir tahun dan awal tahun.. semoga tahun yang baru menjadikan kita insan yang lebih baik.. :) 
DOA 1 (Akhir Tahun)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالمَيِن وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللَّهُمَّ مَا عَمِلْنَا فِيْ هَذِهِ السَّنَةِ مِمَّا نَهَيْتَنَا عَنْهُ فَلَم نَتُبْ مِنْهُ وَلمَ تَرضَهُ وَلمَ تَنْسَهُ وَحَلُمْتَ عَلَيْنَا بَعْدَ قُدْرَتِكَ عَلَى عُقُوبَيْتِنَا إِلَى التَّوْبَةِ مِنْهُ بَعْدَ جُرْأَتِنَا عَلَى مَعْصِيَتِكَ فَإِنَّنَا نَسْتَغْفِرُكَ فَاغْفِرْ لَنَا ، وَمَا عَمِلْنَا فِيْهَا مِمَّا تَرْضَاهُ وَوَعَدْتَنَا عَلَيْهِ الثَّوَابُ فَنَسْأَلُكَ اللَّهُمَّ يَا كَرِيْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ أَنْ تَتَقَبَّلَهُ مِنَّا وَلاَ تَقْطَعُ رَجَاءَنَا مِنْكَ يَا كَرِيْمٌ . رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
Maksudnya : Dengan nama Allah yang pemurah lagi amat penyayang, segala puji-pujian itu tertentu bagi Allah seru sekalian alam, selawat dan salam ke atas penghulu sekalian Rasul dan

Saturday, 19 October 2013

PROGRAM MENUJU PUNCAK- STPM

Selesai sudah program Motivasi Menuju Puncak yang diadakan di SMK Tunku Abdul Rahman Putera, Kulai Johor pada 17 dan 18 Oktober 2013..! Hmm.. Kali ni agak sedih sikit sebab terpaksa berkampung di Johor sedangkan orang lain balik kampung masing2 meraikan Aidiladha.. sob sob..  :( By the way, saya anggap ini sebagai satu pengorbanan untuk adik-adik STPM STARP! :)

Tambah pulak, pengorbanan saya jadi sangat berbaloi sebab diorang ni sangat sporting tau.. ni dia banner yang saya create untuk kotinjen kami.. kotinjen sangat.. hik3..


i took an hour to create this..

Amacam? Cantik tak kak ton? Cantik kann… time kaseh, time kaseh.. haha.. :p

Sebelum saya story, saya dan dua lagi rakan sekelas saya, Wee Poh Hoon dan Haziq Azree bina satu syarikat yang kami namakan sebagai Fervor Consultation. Fervor ni asal daripada perkataan Sepanyol yang bermaksud semangat. Setakat ni, inilah logo yang mampu saya create untuk syarikat kami. InsyaAllah saya akan tambahbaik lagi untuk lagi cantik, menarik, da boom!


i took 2 days to create this

Untuk pengetahuan korang, 80% kami gunakan modul sendiri, baru dan fresh.. peace.. :)

Modul 1 saya dulu yang handle.. hihi.. 

antara yang sporting macam spotlight.. :D


tudiaa.. susun dik

daripada modul ni saya dapat 1. bla3.. 2. bla3..


Klip video yang dikongsi untuk mereka : Nick Vujicic

Then, Ah Hoon pulak handle modul.. Idea asal memang datang daripada Ah Hoon, pastu kami brainstorming lagi then terciptalah satu modul motivasi berbentuk kerjaya.. yeahh! Masa hari program, Ah Hoon banyak mainkan peranan selaku fasi dan PDI.. cikgu2 pun berpuas hati.. shakalakaweeee~ :)


camne nak wat niii...

tekunnya dia... 
Gambar hasil yang dorang buat ni tak boleh la nak tunjuk kan, saya hormati hak pencipta.. heh3.. ini gambar2 yang boleh diupload.. ;)

bunga2 matahari... ewahh..


ok, next nya part Haziq pulak.. banyak yang dia kongsikan masa program ni.. n adik2 pun tekun mendengar.. semoga perkongsian Haziq dapat meresap ke dalam jiwa adik2.. Haziq pulak orang yang paling banyak kowtim dengan pihak pentadbir sekolah selaku Ketua Fasi kami.. Thanks Haziq!

"self-disclosure"

haa.. menggigil korang..

Tq Puan Zainatul.. :)

Ok, guys.. itu jelah yang boleh saya kongsi serba sedikit tentang program yang kami jalankan.. Nak tau lebih, korang ajakla kami buat program kat tempat korang k.. hihi.. InsyaAllah jaminan kepuasan hati kedua-dua pihak.. :)





Wednesday, 2 October 2013

PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH



Universiti anda ada jalankan program pembangunan sahsiah? U kami ada.. ok, hari ni saya nak mem‘publish’kan serba sedikit perkongsian saya masa join Pembangunan Sahsiah dengan seorang lecturer yang sangat saya kagumi ni.. En. Aziz Yatim namanya.. kenapa saya kagum? sebab sifat kebapaan dan kesungguhan beliau menyampaikan ilmu untuk anak didik beliau menjadi seorang yang hebat is very impressive!

Oh ya.. tu just pengenalan.. hehe.. :p

Berbalik kepada story fasal pembangunan sahsiah ni, every semester akan diadakan program Pembangunan Sahsiah.. Sem 1 saya jadi peserta lah, sem berikutnya biasanya saya dan kawan-kawan tolong lecturer handle program ni tapi sem ni kami berpeluang sekali lagi untuk merasai pengalaman menjadi peserta di bawah kendalian En. Aziz Yatim.. I’m gonna tell you seriously, En. Aziz handle the whole program alone! Memang super duper power kot.. dalam hati saya masa tu “tak penat ke En. Aziz ni ek? huhu”.

Program 1 ½ hari ni berlangsung pada 27 & 28 September 2013.. ada pengisiannya tak sama dengan program yang saya pernah lalui.. macam U, I Love, how to communicate dengan orang guna P-A-C dan banyak lagi.. yang paling memberi kesan kepada saya ialah PAC.. memangla sebelum ni saya dah belajar dan baca fasal teori yang diasaskan Eric Berne ni tapi tak berapa masuk dalam kehidupan seharian, tapi sekarang bila bercakap mesti teringat P-A-C.. bila berborak dengan kawan yang sama-sama join program ni lagilah selalu je mengusik fasal P-A-C.. hehe.. papepun, fenomena baru tercipta dan diaplikasi dalam kehidupan seharian tambah2 lagi buat diri saya sendiri yang bakal bergelar ‘CIKGU’. J

Jom kita tengok apa yang berlaku sekitar program ni berlangsung.. ^.^

Ice Breaking.. Yeahhh!! ngeeee...                    Uncle tlg kami translatekan B.Tamil ni ye




Susun Jangan tak susun! Hehe                                       Ecewah..drama sangat ..haha